Mamad: Bukan Nama Sebenar

Isnin, Julai 13, 2009

"Hoi, kau nak ikut tak kiteorang nak pergi karaoke ni?",tanya Atoi kepada Mamad.

"Aku malas lah. Tak layan aku benda-benda karaoke ni. Lagipun esok pagi-pagi aku nak pergi JB. Ada hal penting", kerek sahaja muka Mamad menjawab pertanyaan Atoi.

Ikut saja la. Tak seronok la kalau kau tak ada. Kau tak payah bayar. Nanti habis kita terus la balik. Jangan risau. Aku jamin kau takkan lambat pagi esok", terang seorang lagi rakan Mamad yang hanya mahu dikenali sebagai Din Supra sahaja.

Akhirnya Mamad mengikut sahaja kedua-dua rakannya itu ke tempat karaoke yang kita sendiri tak tahu di mana tempatnya. Di sana Atoi dan Din Supra sibuk menyanyi dari satu lagu ke satu lagu yang lain.

Bagi Mamad pula, dia hanya melihat sahaja kedua-dua rakannya itu menyanyi. Ada la satu dua lagu yang Mamad cuba nyanyi. Itu pun suaranya macam keluar tak keluar sahaja. Suara macam katak bawah tempurung.

Atoi dan Din Supra faham, Mamad tak biasa dan tak minat dengan karaoke.

Setelah puas mereka pun terus pulang ke rumah masing-masing. Pulang tanpa singgah minum-minum dahulu. Sesuatu yang amat jarang dipraktikan oleh kutu-kutu rayau yang suka merayap malam-malam minggu begini.

Keesokan pagi yang dah macam nak tengahari, Atoi mengajak Din Supra menemaninya ke kedai letrik sebab emaknya menyuruh Atoi membeli blender baru. Blender lama memang sudah rosak. Tengahari nanti emak Atoi nak masak special.

Setibanya di kedai letrik alangkah terperanjatnya mereka melihat Mamad berdiri terpacak di dalam kedai letrik. Seingat mereka Mamad kata dia hendak ke JB semalam.

"Kau buat apa dekat sini. Kan kau kata nak pergi JB semalam?", tanya Din Supra kepada Mamad.

"errrr... errrr... kejap lagi aku nak pergi la ni. Kan aku dah pakai baju lawa ni", jawab Mamad sambil pandang kiri kanan.

Mamad kelihatan seperti tidak keruan.

"Hello bos! Ini dia. Gua bagi lu mikrofon yang paling baik dekat kedai ni. Lepas ni gua gerenti lu mesti boleh masuk Akademi Fantasia punya lah", kata tokey kedai itu kepada Mamad sambil menghulurkan sebuah mikrofon kepada Mamad.

Atoi ajak Din Supra duduk gelak dekat kerusi yang disediakan tidak jauh dari situ.

Sebentar Tadi

Jumaat, Julai 03, 2009

Sedang aku khayal menyarung stoking ke kaki, tiba-tiba...

truttt.. truttt...


Aku : Hello...

Mazuan Khamis : Hello sedara. Apa khabar?

Aku : Sihat. Apa cerita?

Mazuan Khamis : Tak ada apa cerita. Saja telefon orang kampung. Susah betul nak telefon kau sekarang. Tadi tiga empat kali telefon baru sekarang dapat. Dah ada projek juta-juta ke sekarang?

Aku : Projek juta-juta apakejadahnya. Aku baru habis sembayang jumaat ni. Dekat Kolumpo diorang tak ada buat sembayang jumaat ke?


tuttt... Tiba-tiba Kolumpo tak ada line.

Status: Masih Dalam Misi

Jumaat, Jun 19, 2009

Sorry la geng. Dah lama tak update. Kebelakangan ini aku sibuk dari terbit fajar hingga terbenam matahri, membawa pula ke terbit fajar lagi sekali. Aku tahu dah ramai yang mula jelak dengan kelibat Larry King yang tengah temubual aku tu.

Namun, dia tak bersalah. Aku lah yang bersalah sebab dah lama tak menulis kat sini.

Selalunya ketika lepak minum-minum dengan member-member, topik perbualan adalah berada dalam ruang lingkung bola sepak, politik, kerja ataupun awek sahaja. Itu sahaja topik yang menarik minat kiteorang.

Kalau ada sesiapa antara kiteorang yang cuba buka topik pasal MLM, downline ataupun bergambar depan BMW 2nd hand, maka kiteorang ramai-ramai akan cuba mententeramkan dia dengan memegang tangan dan kakinya kemudian perlahan-lahan akan menghiris dan mengelar bahagian halkum, mata, muka, dada, kepala lutut, pundi kencing serta beberapa anggota badan lain menggunakan pisau yang sangat-sangat tajam. Kemudian kiteorangan akan campak dia ke dalam longkang berdekatan dengan table yang kiteorang duduk. Duit minum dia tadi dia bayar sendiri.

Tetapi aku perasan ada lagi satu topik yang menarik perhatian aku, filem. Tak kisah lah filem baru atau lama. Asalkan filem. Contohnya filem lama seperti Setinggan. Filem tahun 1981 ini mengisahkan sebuah kawasan setinggan yang diganggu oleh hantu-hantu jepun. Banyak adegan-adegan menarik yang berlaku ketika mereka diganggu itu. Yang masih aku ingat ialah ketika Allahyarham Ibrahim Pendek(dia membawa watak Encik Burn tak silap aku) telah dialihkan ketika tidurnya ke sebuah rumah anak-anak dara.

Peh...

Filem-filem lama seperti ini memang susah untuk kita cari sekarang ini. Jarang ada website-website yang menawarkan perkhidmatan download filem-filem lama seperti Setinggan. Filem tahun 1981 ini mengisahkan sebuah kawasan setinggan yang diganggu oleh hantu-hantu jepun. Banyak adegan-adegan menarik yang berlaku ketika mereka diganggu itu. Yang masih aku ingat ialah ketika Allahyarham Ibrahim Pendek(dia membawa watak Encik Burn tak silap aku) telah dialihkan ketika tidurnya ke sebuah rumah anak-anak dara.

Peh...

Jadi sekarang ni ada sesiapa tahu tak kat mana aku boleh dapatkan filem Setinggan tu. Kalau boleh aku nak download percuma kat internet sahaja.

Aku serius ni.

Temubual Larry King Bersama Saya Sebentar Tadi

Sabtu, Mei 23, 2009


Larry : Sudah berapa lama anda terjebak dalam dunia blog ini?

Aku : Hari ini genap setahun saya berada dalam dunia blog.

Larry : Boleh tahan lama tu. Kagum saya.

Aku : Tu la pasal...

Kenangan Di Sekolah Rendah Siri 2

Selasa, Mei 19, 2009


Kringggggg!!!

Loceng berbunyi tanda masa rehat dah tiba. Murid-murid lari bersepah-sepah menuju ke kantin.

Masa tu aku dan Mael tak ke kantin. Kelas kiteorang agak jauh dari kantin. Jadi kiteorang malas nak ke kantin. Kiteorang hanya berjalan-jalan di padang sekejap, pastu merancang balik terus ke dalam kelas. Lagipun aku tak ada selera sangat nak makan. Terlalu banyak tekanan dalam pelajaran.

Lagi satu aku kena berjimat cermat. Hidup dalam sebuah keluarga yang ramai adik-beradik dan sederhana taraf ekonomi mengajar aku erti berjimat cermat. Duit belanja aku masa tu hanya 50 sen sahaja untuk sehari. Kalau kat rumah aku sudah sarapan dengan agak banyak, jadi duit tu tak perlu la aku gunakan untuk beli makanan kat kantin. Boleh simpan. Pastu balik sekolah boleh habiskan duit 50 sen tu buat beli tikam.

Semasa menuju ke kelas selepas habis aktiviti pusing-pusing padang, kiteorang tengok hanya Lina seorang sahaja yang ada di depan pintu kelas. Dia pengawas yang menjaga keamanan kelas aku untuk minggu tu. Kadang-kadang pengawas ni, diorang tak pergi makan kat kantin. Diorang akan makan bekal ataupun makan laju-laju kat kantin pastu terus jalankan tugas. Tak seronok betul.

Bila kiteorang nak sampai sahaja ke kelas aku lihat Lina melambai-lambai memanggil aku. Lambai-lambai yang biasa sahaja la. Bukan melambai-lambai menggunakan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi mengusap-ngusap manja punggungnya yang ditonggengkan sambil mengetap-ngetap bibir. Kotor betul la fikiran korang ni. Masa tu kiteorang kan budak sekolah rendah. Mana reti nak buat apa-apa lagi.

"tolong ambilkan tu", kata Lina sambil menuding jari ke arah sesuatu.

Rupanya Lina mengarahkan aku mengutip satu bekas plastik coklat apollo yang kelihatan terdampar sepi tak jauh dari tempat dia berdiri. Siapa la yang buang sampah merata-rata ni. Tak ada sivik langsung. Kalau aku tahu siapa yang buat memang aku suruh Lina tulis nama dia pastu bagi kat Guru Besar. Biar dia kena sebat kat perhimpunan.

Bila aku kutip plastik tu, aku telah mendapati sesuatu yang aneh. Pelik, masih ada empat batang coklat di dalamnya. Maknanya coklat tu masih belum dibuka. Masih belum ternoda.

Mael yang ketika tu berada disebelah aku juga perasan tentang kejadian aneh tu. Maka atas dasar sifat adil dan saksama aku pun membahagikan rezki yang datang dari langit tu diantara aku dan Mael.

"satu untuk kau, satu untuk aku. dua untuk kau, dua untuk aku"


Dipendekan cerita, kruppp, krappp, kruppp, krappp, kruppp, krappp, coklat tu habis aku dan Mael telan. Kiteorang gembira.

Entah kenapa setelah berbelas tahun kisah ni berlaku, ketika aku bersama Mael dan member-member lain sedang lepak minum-minum, aku boleh pula teringat kisah ni sambil terfikir sesuatu.

Adakah sebenarnya coklat apollo tu kepunyaan Lina? Adakah sebenarnya coklat appollo tu terjatuh ketika Lina menjaga kelas aku? Kalau coklat appollo tu Lina punya, dia dah makan apa-apa ke sebelum tu?

Rumah Lina dekat dengan rumah aku ni. Nak tanya dia tak?